7 Tawaran Lead Magnet Untuk Membina Database Prospek
Sambungan daripada blog post saya yang lepas di mana saya berkongsi tentang strategi membina kolam database prospek secara terancang di dalam bisnes online anda. Bagi saya, saya gunakan kaedah membina kolam database prospek di dalam bisnes yang saya jalankan iaitu bisnes Network Marketing Shuang Hor melalui 111 Cafe Business Plan.
Saya menggunakan sistem web referral nexgen139 untuk mengumpul database prospek di dalam menjalankan bisnes online ini. Saya menggunakan kaedah pemasaran online secara 100%.
Kali ini saya nak share beberapa kaedah untuk mengumpul database prospek dengan menggunakan sistem funnel ataupun lebih di kenali sebagai corong pemasaran.
Seperti bentuk satu corong, sistem ini menapis prospek yang masuk ke dalam sistem funnel anda bermula pada trafik -> Suspek --> Prospek --> Pelanggan ataupun Pengedar.
Sistem Funnel menggunakan pemasaran emel autoresponder di mana anda akan setkan beberapa emel secara automatik yang akan berterusan menghantar emel kepada prospek yang telah masuk ke dalam sistem funnel anda melalui satu offer (tawaran) yang biasanya anda berikan secara percuma.
Tawaran yang di panggil "Lead Magnet" ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian pengunjung web anda (Landing Page) untuk memberikan informasi nama, emel ataupun nombor telefon bagi membolehkan mereka menerima tawaran yang anda berikan seperti sampel produk ataupun e-buku percuma.
Ini adalah "lead magnet" offer yang biasanya di gunakan di dalam Landing Page untuk menarik prospek memasukkan maklumat emel dan telefon mereka.
1. E-Book Percuma (Petua, Tips, Strategi dan lain-lain)
2. Software Percuma (Perancangan kewangan, diet dan lain-lain)
3. Audio Percuma (rakaman webinar, interview dan sebagainya)
4. Video Percuma (rakaman webinar, rakaman workshop berbayar, ulangan webinar dan sebagainya)
5. Checklist, template
6. Sampel Produk - sampel kopi, pencuci muka dan sebagainya
7. 1 bulan akses percuma - biasanya konten untuk membership dan lain-lain
Jadi anda boleh memilih strategi lead magnet yang anda rasakan sesuai di dalam bisnes ataupun produk yang sedang anda jalankan.
Pada masa saya mula-mula menggunakan strategi ini pada awal 2005 semasa FB tidak wujud lagi dan youtube masih lagi di dalam peringkat awal saya menyediakan satu landing page di mana prospek boleh mengisi borang online untuk mendapatkan VCD Testimoni Percuma. Beribu-ribu VCD percuma berada di pasaran pada masa tersebut melalui kaedah ini yang membolehkan saya mencapai tahap kebebasan kewangan sejak 2005. Pada masa itu kos untuk seorang prospek hampir mencecah RM5 kerana VCD (RM1) tersebut di kirim dengan kaedah Pos Express (RM4).
Kini kos untuk memberikan tawaran lead magnet adalah jauh lebih murah sebab ianya boleh di salurkan dalam bentuk digital seperti pdf, mp3 dan mp4 format.
Apa yang anda perlu bagi menyalurkan "lead magnet" anda kepada bakal-bakal prospek anda ?
1. Website Landing Page
2. Domain Name
3. Sistem emel autoresponder
1. Untuk web landing page saya gunakan web carrd . Untuk 3 sub-domain anda boleh gunakan akaun Carrd secara percuma. Klik di sini untuk daftar akaun Carrd secara percuma .
2. Untuk Emel Autoresponder saya menggunakan TrafficWave. Trafficwave adalah sistem emel autoresponder yang mesra kepada program affiliate dan network marketing. Anda boleh mencuba sistem emel autoresponder Trafficwave secara percuma selama 30 hari.
Untuk daftar akaun Free Trial Trafficwave sila klik di sini .
Untuk membina sistem Funnel landing page ini anda perlulah mengambil sedikit masa untuk belajar. Seandainya anda menyertai team Nexgen139 di dalam 111 Cafe Business Plan, kami akan berkongsi teknik Lead Magnet ini di dalam webinar-webinar yang kami jalankan untuk rakaniaga kami dari masa ke semasa.
Pada masa yang sama anda juga tidak perlu membina landing page dan lead magnet anda sendiri kerana di nexgen139 kami sediakan satu sistem web referral untuk anda mendapatkan database prospek.
Berminat nak mendalami sistem lead magnet dan menyertai team nexgen139 dalam bisnes online 111 Cafe Business Plan (tanpa anda perlu buat lead magnet dan landing page sendiri).... daftar percuma bersama kami dengan klik di sini .
0 Comments