Membina Kolam Database Prospek Terancang dalam 4 Langkah




Biasanya kita akan dengar orang kata jika tiada prospek, tiada lah jualan. Memang betul, kan? Jika kita tidak mencari prospek manakan orang akan tahu dan nampak apa yang kita sedang promosikan. Jom saya citer bagaimana saya bina kolam database prospek 111 Cafe Business Plan selama ini. 

Sebenarnya ramai di antara kita memang selalu buat prospekting. Memang ada prospek di sana sini seperti di dalam contact telefon, dalam emel dan juga di dalam messenger serta facebook. Prospek tu ada merata-rata. Setiap kali ada orang tanya kita samada di whatsapp atau di messenger kita biarkan sahaja prospek-prospek di situ tanpa ada satu sistem terancang dalam membina database prospek.

Di sini saya nak tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh membina kolam database prospek yang terancang. Dengan memiliki database prospek yang terancang anda boleh membuat follow up dengan lebih mudah dan teratur. 

Langkah 1 : Kumpulkan database prospek anda 

Cari balik prospek-prospek yang pernah contact anda bertanya tentang produk ceocafe atau lingzhi atau bisnes 111 Cafe Business Plan anda, tentu ada banyak dari :

1. FB Groups/Page/Profile

2. WhatsApp/WhatsApp Group

3. Telegram/ Channel/Group


Kumpulkan dan klasifikasi kan dalam pelbagai kategori :

1. Prospek - orang yang bertanya tentang produk atau bisnes anda

2. Pelanggan - orang yang membeli buat pertama kali

3. Pelanggan setia - orang yang membeli berulang kali dari anda

4. Ejen - orang yang anda pernah rekrut menjadi agen atau downline anda

Langkah 2 : Rekod informasi wajib yang di perlukan untuk membina kolam database prospek anda

Di antara informasi yang anda perlu kumpulkan ialah :

1. Nama

2. Nombor Telefon

3. Emel

4. Tarikh komunikasi bermula

5. Sebab Menghubungi 

6. Bandar (jika tahu)

Biasanya saya gunakan excel file untuk membuat rekod sebegini.

Langkah 3 : Simpan dalam Google drive

Selepas saya mempunyai kolam database prospek yang lengkap, kesemua informasi ini akan saya masukkan ke dalam google sheet sebab ianya di dalam cloud jadi di mana sahaja saya berada saya boleh akses kolam database prospek saya dengan mudah.

Jadi setiap kali anda dapat prospek, terus update di dalam google sheet untuk terus membina kolam database prospek anda


Langkah 4 : Follow up 

Dengan memiliki kolam database prospek terancang kini anda boleh membuat follow up mengikut perancangan bisnes 111 Cafe Business Plan dan produk kopiceo anda. Atau apa jua bisnes online dan produk yang anda sedang usahakan.

Biasanya saya mengambil maklumat bandar atau tempat tinggal di sebabkan seandainya saya "tour" di tempat atau bandar tersebut, saya boleh menghubungi mereka untuk membuat temujanji atau appointment. Ataupun hanya sekadar bertanya khabar.

Selain itu, anda juga boleh meghantar emel broadcast kepada senarai kolam database prospek anda dengan menggunakan google sheet, gmail dan gmass. (untuk informasi lanjut bagimana anda buat sebegini secara percuma, bolehlah sertai team nexgen139 di mana saya dedahkan rahsia pemasaran emel ini dengan lebih terperinci)

Saya harap anda sudah dapat sedikit ilmu dari perkongsian ini dan sudah boleh membina kolam database prospek anda sekarang. Yang penting adalah melakukan tindakan dan bermula untuk membina kolam database prospek terancang anda dari sekarang.

Di dalam sistem web referral Nexgen139 saya membina kolam database prospek dengan mendapatkan informasi Nama, Telefon, emel dan bandar. Dengan kaedah ini, saya dan usahawan-usahawan 111 Cafe Business Plan di bawah team Nexgen139 boleh mendapat manfaat daripada database ini untuk membuat follow up sehingga prospek menjadi agen 111 Cafe Business Plan.

Jika ada yang berminat nak membina kolam database prospek di dalam bisnes online 111 Cafe Business Plan bersama team Nexgen139 anda boleh membuat pendaftaran percuma dengan melayari web  Nexgen139 dengan klik di sini.


 

Post a Comment

0 Comments