Kenapa saya suka sangat minum kopi? Mungkin ramai lagi yang seperti saya ... peminum kopi tegar.
Penggemar kopi akan teruja setiap kali minum kopi. Namun keistimewaan kopi bukan sahaja pada rasanya, ada juga bukti-bukti yang menunjukkan adanya manfaat kesihatan di dalam mengamalkan minum kopi.
Kebaikan kopi yang pertama : Baik untuk hati dan jantung.
Anti oksidan di dalam kopi dapat mengurangkan keradangan dan memperbaiki saluran darah. Kajian menunjukkan pengemar kopi yang minum 2-3 cawan kopi sehari mempunyai risiko penyakit jantung 25% lebih rendah.
Kebaikan kopi nombor dua : Merendahkan risiko barah (kanser)
Kajian yang di terbitkan pada sekitar tahun 2017 menyatakan bahawa minum 2 cawan kopi sehari boleh merendahkan risiko beberapa jenis penyakit kanser termasuk kanser payudara, kanser kolon, kanser hati, dan kanser kepala serta tengkok.
Kebaikan kopi yang ketiga : Mengurangkan risiko diabetes ataupun kencing manis
Kopi di nyatakan dapat merendahkan risiko diabetes jenis II sehingga 60%. Ianya kerana adanya unsur antioksidan dan mineral di dalam kafein.
Kebaikan kopi yang keempat : Mengekang batu hempedu
Kajian menunjukkan wanita yang minum 4 cawan kopi sehari adalah 25% lebih rendah risikonya dalam masalah batu hempedu. Orang lelaki juga tidak terkecuali.
Kebaikan kopi yang kelima : Merendahkan risiko strok
Kajian pada tahun 2009 menunjukkan wanita yang minum 4 cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko strok sehingga 40%
Kebaikan kopi yang ke enam : Baik untuk Minda
Peminum kopi 3-5 cawan sehari di dapati kurang cenderung mengalami penyakit alzhemer sehingga 65%. Warga emas yang suka minum kopi juga menunjukkan kecenderungan yang lebih rendah dalam mengalami kemerosotan daya ingatan dan pemikiran.
Apa kata anda? Jika anda merupakan seorang pengemar kopi, kopi apakah pilihan anda? Saya suka minum kopi ceo di sebabkan rasanya yang amat mengujakan dan di tambah dengan ekstrak ganoderma lingzhi yang menyihatkan.
Nak tahu apa itu kopi ceo atau ceo cafe? Kopiceo Klik sahaja di sini .
0 Comments