5 prinsip dalam pengurangan lemak dalam badan

 5 prinsip dalam pengurangan lemak dalam badan


Pengurangan berat badan dan pelangsingan badan merupakan topik yang hangat yang sentiasa di bincangkan oleh masyarat umum samada di sosial media ataupun offline.

Setiap orang ingin memperolehi bentuk badan yang sihat dan langsing. Oleh itu mereka sanggup mencuba apa sahaja cara yang membolehkan mereka mencapai matlamat kawalan berat badan. Adakah anda memahami konsep pengurusan berat badan? Adakah anda menjalankan pengawalan berat badan dengan kaedah dan strategi yang betul?

Struktur berat badan terdiri daripada lemak, otot, air dan kulit. Pengurangan berat badan yang betul adalah dengan mengurangkan kandungan lemak yang terdapat di dalam badan. Walau bagaimanapun pengurangan lemak di dalam badan amatlah sukar di capai. Ini di sebabkan terdapat 12% air terkandung dalam lemak dan 80% air di dalam otot. Di sebabkan faktor ini, kebanyakan orang yang berjaya mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat sebenarnya hanya berjaya mengurangkan air dan otot dalam masa yang sementara sahaja. 

Seandainya anda mengamalkan pemakanan seperti biasa dan tidak melakukan senaman ianya akan mengakibatkan pengumpulan lemak yang lebih banyak di dalam tubuh badan.

Pada zaman moden ini pengambilan makanan berlemak dan bergula yang berlebihan merupakan faktor utama yang mengakibatkan masalah kegemukan ataupun obesiti di kalangan masyarakat. Jika ingin mencapai bentuk badan yang ideal, langkah asas yang perlu di lakukan adalah dengan mengikuti 5 prinsip asas di dalam pengurangan lemak iaitu :

1. Kurangkan Gula

2. Kurangkan Kabohidrat

3. Lakukan senama secara konsisten

4. Menambah protein secukupnya

5. Menambah serat fiber secukupnya

Jaga pemakanan anda dan di antara makanan yang di cadangkan ialah :

1. Makanan yang kaya dengan protein seperti telur, tauhu, daging, ayam, ikan dan kekacang.

2. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti daun selada, alfalfa, bayam, timun, terung, daun saderi, cendawan dan tomato.

3. Buah-buahan yang rendah kandungan gula seperti jambu batu, sengkuang, buah kiwi, strawberri, aprikot, dan lemon.

Anda juga perlu mengelakan daripada memakan makanan seperti di bawah ini :

1. Sayur-sayuran yang tinggi gula seperti ubi keledek, keladi dan jagung.

2. Makanan kabohidrat seperti nasi putih, Mee, roti, biskut dan makanan ringan.

Secara amalan sampingan saya mengamalkan produk-produk kesihatan keluaran Shuang Hor. Di antara produk yang saya amalkan untuk memastikan pengawalan berat badan berjalan dengan lancar dan sempurna adalah :

1. Kopi ceo 3in1 tanpa gula

Kandungan Utama: Biji kopi yang bergred tinggi, krim bukan tenusu dan Yung Kien Ganoderma.

Dihasilkan daripada biji kopi yang bergred tinggi, juga ditambah Yung Kien Ganoderma, menggabungkan rasa pahit Lingzhi dengan kopi untuk menghasilkan rasa yang istimewa.

Menggunakan krim bukan tenusu yang diekstrak daripada minyak kelapa (bersifat tumbuh-tumbuhan), tidak mengandungi trans-asid lemak.

Tidak mengandungi bahan pewangi dan pengawet. Rasanya enak dan harum.

Perisa tiada gula.

2. Jia Hor Fibre

Kandungan Utama: Fibre diet semula jadi (terlarutkan air dan tidak terlarutkan air), vitamin, mineral dan Lingzhi.

Ditambah Maltodekstrin yang sukar dihadam, ia diperoleh daripada kanji asli, sejenis makanan yang mudah dihasilkan dan dibubarkan. Langsung tidak menghalang penyerapan kalsium dan mineral yang lain, tahap keselamatannya amat tinggi dan rendah kalori. Disahkan berupaya memulihkan fungsi usus perut, mengawal gula darah, menurunkan paras kolesterol serum dan menurunkan paras trigliserida.

Serat dietari dapat menyingkir bahan bertoksin yang tinggal dalam badan, mempergiatkan geliang-geliut dalam usus, melancarkan perkumuhan dan mencegah sembelit.

Serat dietari dapat membawa rasa kenyang, mengurangkan penyerapan haba dan dapat mengawal berat badan.

Perisa lemon dengan preskripsi yang bersifat lembut dan asli, ia sesuai diminum tiap-tiap hari.


3. Jia Hor Instant Soya Protein Powder

Kandungan Utama: Protein kacang soya terasing + Lesitin + Kalsium Kasein + enzim betik + enzim nanas.

Protein kacang soya ialah Protein yang bersifat tumbuh-tumbuhan. Dengan kadar penghadaman setinggi 95%, ia lebih mudah diserap dan dipergunakan oleh badan, juga dapat mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol oleh badan.

Lesitin dapat mengurangkan timbunan lemak di pembuluh darah dan hati, mempergiatkan pembesaran saraf sereberum. Pengambilan Protein oleh wanita hamil sangat baik untuk pertumbuhan sereberum bayi, juga dapat mencegah penyakit nyanyuk.

Enzim betik dan enzim nanas dapat menguraikan Protein bermolekul besar menjadi molekul kecil supaya memudahkan penyerapan dan pencernaan Protein.


Adakah anda mengamalkan pemakanan yang sihat di dalam pengurusan berat anda? Jika anda memerlukan pemakanan tambahan dari Shuang Hor sila hubungi Kaz (Khairul) untuk info lanjut dengan klik di sini .... 

Post a Comment

1 Comments

  1. What does Vegas casinos mean - jtmhub.com
    It is known as Vegas Strip gambling in some circles, and the casino can 경상북도 출장샵 be found on the Las Vegas 익산 출장마사지 Strip in 포항 출장안마 the city 남원 출장샵 center. 광명 출장안마 The casino has a

    ReplyDelete